Traffic Exchange

Kad Debit Visa Maybank – MSOS Cara Baru

Sedikit perkembangan semasa mengenai kad debit Visa Maybank. Jika sebelum ini kita boleh menetapkan kod MSOS (Maybankard Secure Online Shopping) sendiri melalui akaun Online Maybank2u (M2u) kita, namun kini tidak lagi.

Kaedah verifikasi terbaru yang dipraktikkan oleh pihak Maybank adalah, setiap kali pembayaran secara terus melalui kad debit, satu kod MSOS akan dihantar ke telefon kita (nombor telefon yang didaftarkan). Kemudian kod itu dimasukkan ke dalam bahagian yang diarahkan untuk meneruskan proses pembayaran.

Kaedah sebegini akan berlaku bagi kebanyakan laman web syarikat besar. Contohnya, saya melakukan bayaran akaun Internet P1 Wimax melalui laman web mereka. Sebaik saya memasukkan maklumat kad debit, saya akan dibawa ke bahagian seperti ini dan secara automatik kod MSOS akan dihantar ke telefon saya:


Bagaimana dengan Pengesahan Akaun Paypal & MSOS?

Jika sebelum ini kita perlu daftarkan dahulu MSOS di akaun M2u sebelum kita ‘add’ (register) kad debit di akaun Paypal, kini tidak perlu lagi. Dahulu, jika kita tidak daftar MSOS iaitu buat sendiri melalui akaun online M2u kita, Paypal tidak akan luluskan pendaftaran kad itu (rejected). Jadi kemungkinan kad akan ditolak selama-lama (Paypal amat sensitif).

Sebaliknya kini, apa yang perlu kita lakukan adalah ‘add’ terus maklumat kad debit kita seperti biasa di Paypal dan kemudian kita akan menerima kod 4 digit dalam masa 24 jam. Kod itu akan dipaparkan di online statement akaun M2u kita. Kemudian kita masukkan kod itu di akaun Paypal kita untuk menjadikan akaun Paypal kita berstatus Verified.




Share this

0 Comment to "Kad Debit Visa Maybank – MSOS Cara Baru"

Post a Comment

close
*** ***
Traffic Exchange