Traffic Exchange

Kad Debit Visa Maybank – MSOS Cara Baru

Sedikit perkembangan semasa mengenai kad debit Visa Maybank. Jika sebelum ini kita boleh menetapkan kod MSOS (Maybankard Secure Online Shopping) sendiri melalui akaun Online Maybank2u (M2u) kita, namun kini tidak lagi.

Kaedah verifikasi terbaru yang dipraktikkan oleh pihak Maybank adalah, setiap kali pembayaran secara terus melalui kad debit, satu kod MSOS akan dihantar ke telefon kita (nombor telefon yang didaftarkan). Kemudian kod itu dimasukkan ke dalam bahagian yang diarahkan untuk meneruskan proses pembayaran.

Kaedah sebegini akan berlaku bagi kebanyakan laman web syarikat besar. Contohnya, saya melakukan bayaran akaun Internet P1 Wimax melalui laman web mereka. Sebaik saya memasukkan maklumat kad debit, saya akan dibawa ke bahagian seperti ini dan secara automatik kod MSOS akan dihantar ke telefon saya:


Bagaimana dengan Pengesahan Akaun Paypal & MSOS?

Jika sebelum ini kita perlu daftarkan dahulu MSOS di akaun M2u sebelum kita ‘add’ (register) kad debit di akaun Paypal, kini tidak perlu lagi. Dahulu, jika kita tidak daftar MSOS iaitu buat sendiri melalui akaun online M2u kita, Paypal tidak akan luluskan pendaftaran kad itu (rejected). Jadi kemungkinan kad akan ditolak selama-lama (Paypal amat sensitif).

Sebaliknya kini, apa yang perlu kita lakukan adalah ‘add’ terus maklumat kad debit kita seperti biasa di Paypal dan kemudian kita akan menerima kod 4 digit dalam masa 24 jam. Kod itu akan dipaparkan di online statement akaun M2u kita. Kemudian kita masukkan kod itu di akaun Paypal kita untuk menjadikan akaun Paypal kita berstatus Verified.




5 Sebab Usahawan Internet Gagal

Nak mencapai sesuatu kejayaan bukanlah mudah sebenarnya. Banyak liku-liku dan halangan terpaksa kita tempuhi dulu sebelum berjaya. 

Nak berjaya dalam akademik lain halangannya. Nak berjaya dalam bisnes lain pula halangannya. Tetapi yang menyamakan kedua-dua ini adalah bagaimana seseorang itu sanggup hadapi halangan yang mereka tempuhi.


Artikel pada kali ini saya ingin mengisahkan tentang “5 Sebab Usahawan Internet Gagal”.


Kenapa gagal? Sebenarnya diri anda sendiri yang menentukan anda berjaya atau gagal. Kebanyakkan mereka yang berjaya dalam bidang bisnes, mereka bukan terus berjaya dalam masa yang amat singkat tetapi memakan masa juga berbulan-bulan lamannya. 

Tetapi satu rahsia ramai yang tidak tahu kenapa mereka boleh berjaya adalah kerana mereka buat sesuatu secara konsisten sehinggalah sampai satu peringkat hasilnya sangat memuaskan.

Mari kita lihat apakah “5 Sebab Usahawan Internet Gagal”


1. Lambat Bertindak
 
Lambat bertindak adalah salah satu faktor atau penyebab utama kenapa usahawan internet di Malaysia gagal. Saya sendiri akui. Kadang-kadang saya sendiri lambat bertindak sebab atas alasan tertentu.
Sebagai contoh diri saya sendiri. Pernah potensi buyer hantar email kepada saya untuk menanyakan sesuatu servis. Disebabkan atas faktor-faktor tertentu, saya tidak menyegerakan untuk membalas soalan tersebut. Lebih kurang 3 hari kemudian baru saya balas email tersebut. Akibatnya email saya sudah tidak terbalas.



2. Berpandangan Negatif
Pandangan negatif lahirnya daripada sikap yang tidak yakin dalam diri seseorang. Kebanyakkannya ia berlaku kepada seseorang yang ingin memulakan bisnes internet. Apabila mereka baca kisah tentang kejayaan seseorang, mungkin dalam hati mereka akan berkata “Tak pe la dia pandai main ayat jualan”, “Takpe la, dia tu pandai IT, boleh buat website sendiri” dan sebagainya. Ini adalah salah satu contoh bagaimana mereka berpandangan negatif.

3. Tak ada blog/website
Sudah banyak kali saya tulis apakah akibat apabila buat bisnes internet tanpa ada blog atau website. Website ni bukan untuk usahawan internet saja tetapi untuk semua jenis perniagaan yang dijalankan.
Apa yang saya lihat fenomena di Malaysia, mereka lebih mementingkan fanpage lagi berbading blog/atau website untuk bisnes mereka. Bila fanpage di unpublish, barulah mereka tahu nasi sudah menjadi bubur. Blog atau website amat penting untuk tujuan pembinaan jenama.

bill gates 

4. Sistem Pengurusan Bisnes Teruk

 Pengurusan bisnes amat penting kerana untuk merekod keluar masuk duit. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa duit keluar lebih banyak daripada duit yang masuk. Itulah sebab mengapa sistem pengurusan bisnes itu penting supaya kita dapat kawal lebih awal.


5. Tidak Pernah Melabur

Maksud melabur disini bukanya melabur dalam saham. Melabur maksud saya adakah anda pernah keluarkan duit untuk ilmu bisnes? Berapa kalikah anda pergi seminar, pergi bengkel dan beli ebook untuk tujuan pembelajaran,
Ramai yang takut nak pergi seminar, bengkel dan beli ebook kerana takut tertipu. 


Sebenarnya bukan mereka tipu anda tetapi anda sendiri yang tidak buat secara konsisten apa yang telah anda pelajari. Apa-apa pun anda sendiri yang tentukan.  

Nasihat saya, sebelum buat binses internet, pergilah belajar dulu sebelum anda mengalami kerugian yang lebih teruk.
Itu saja pada kali ini yang sempat saya berkogsikan untuk anda. 


Share jika anda rasa bermanfaat. 

=============================

Jika anda nak pelajari lebih lanjut selok-belok, strategi power dan  teknik2 berkesan menjalankan bisnes online, anda boleh dapatkannya DISINI

Cara Meningkatkan Traffic Blog dan Website 10 Minit

Cara Meningkatkan Traffic Blog dan Website-, Sebuah website dikatakan bererti jika website atau blog  tersebut dikunjungi oleh banyak pengunjung.
 
 Jika banyak orang yang mengunjungi website kita, maka dengan mudah apa yang kita jual melalui atau konten yang kita siapkan pada website/blog tersebut berpotensi untuk dibeli atau dinikmati(baca) oleh orang banyak. 
 
tak kesahlah kita menjual produk digital, ruang iklan, produk fizikal (seperti makanan, pakaian, dsb) dan beragam jenis produk lainnya. sebaliknya, 
 
jika Website/blog kita sunyi sepi kunjungan/pelawat atau jarang di view oleh para visitor maka mohon maaf saja anda belum beruntung dalam berbisnes online atau menjadi seorang blogger yang profesional..heheheh
 
Bagi sebahagian newbie meningkatkan traffic blog dan website kadang-kadang bukanlah perkara mudah, sebab tak jarang kita sering bingung harus melakukan apa agar website kita kebanjiran pengunjung. 
 
Akan tetapi bagi anda yang sampai sekarang website/blognya masih sunyi sepi pengunjung jangan berkecil hati dulu kerana kurang dari 10 minit kedepan website/blog anda akan meledakkk kerana visitor yang tak terduga dari pelbagai negara. 
 
Mungkin anda sering mendengar kalimah tersebut dari blog lain yang menjanjikan traffic blog meningkat dengan cepat, namun anda wajib bersyukur kerana saya akan berbaik hati memberikan Rahsia yang sebelumnya belum Anda temukan di blog lain.

Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan traffic website atau blog kita dengan  menarik banyak pengunjung website atau blog. 
 
namun berbeza dengan cara lain kali ini yaitu meningkatkan traffic website atau blog dengan linkcollider. Linkcollider adalah sebuah  web yang membantu kita untuk mengiklankan website/blog Anda, meningkatkan traffic blog dan website (lalu lintas), PageRank, SEO, Alexa, dan Backlinks secara PERCUMA.

Cara Meningkatkan Traffic Blog dengan Linkcollider..!

Baik, rasanya tak perlulah saya panjang lebar lagi ikut saja berikut langkah-langkahnya :
 
1. meluncur kesini linkcollider.
2. kemudian isi kolom register untuk mendaftar,lalu klik Submit.
close
*** ***
Traffic Exchange