Traffic Exchange

Cara Mohon Kerja Kerajaan Tanpa Melalui SPA

Cara Mohon Kerja Kosong Kerajaan Tanpa Melalui SPA

Dalam artikel ini kita akan berbincang tentang “cara mohon kerja kerajaan tanpa melalui SPA”.

 

 Cara Mohon Kerja Kosong Kerajaan Tanpa Melalui SPA

Bagaimana caranya untuk kita mohon kerja kerajaan tanpa melalui SPA?
Jawapannya ialah kita mohon terus dengan agensi kerajaan yang berkaitan.


Tetapi untuk mohon kerja secara “direct” dengan agensi kerajaan yang berkaitan, kita perlu terlebih dahulu mengetahui agensi kerajaan yang mana satu untuk kita mohon pekerjaan.

Setakat 2015 sahaja terdapat 241 agensi kerajaan yang berpotensi untuk anda mohon kerja. Agensi inilah lubuk yang akan anda gunakan untuk memancing kerja kosong kerajaan yang anda idamkan itu.

Nanti kami akan kongsikan contoh beberapa agensi kerajaan yang anda boleh terjah untuk cari kerja kosong.

Anda juga boleh lihat di ruang kerja kosong di blog ini. Kami ada kongsikan peluang kerjaya di sektor awam dan juga kerjaya di universiti tempatan.

Alternatif Kerjaya Di Sektor Awam

Terdapat 241 agensi kerajaan yang wujud di Malaysia sekarang. Anda boleh cari maklumat tentang 241 agensi ini di internet.

Tetapi cara ini agak leceh sikit kerana anda perlu cari satu demi satu secara manual di Google. Anda juga boleh lihat iklan kerja kosong kerajaan di website iklan kerja kosong.

Seperti yang kami janjikan sebelum ini. Berikut adalah contoh agensi kerajaan yang anda boleh cuba untuk mohon kerja apabila terdapat kekosongan jawatan:
  • Yayasan Negeri Sembilan
  • Perbadanan Bukit Bendera
  • Agensi Kelayakan Malaysia
  • Lembaga Pembangunan Langkawi
  • Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
  • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
  • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Anda boleh melawat laman web agensi tersebut dan lihat pengumuman atau iklan kerja kosong. 

Jika terdapat kekosongan, anda boleh cepat-cepat hantar resume anda ke agensi tersebut.

 

Senarai 241 Agensi Kerajaan

Senarai Agensi Kerajaan
Jikalau anda buntu dan tidak mahu mencari senarai agensi kerajaan secara manual, kami cadangkan anda untuk mendapatkan Ebook Agensi Kerajaan.

Maklumat lengkap tentang 241 agensi kerajaan telah pun kami susun untuk anda di dalam ebook tersebut.

Tak perlu cari lagi agensi apa. Kami bagi semua agensi kerajaan yang anda boleh terjah untuk mohon apabila terdapat kekosongan jawatan.

Bukan itu sahaja, kami juga kongsikan tips dan strategi yang boleh anda gunakan bagi mendapatkan pekerjaan dari senarai 241 agensi kerajaan tersebut.


Cara untuk sediakankan resume pun akan kami tunjukkan.

Tempah: [ Ebook Agensi Kerajaan ]

Share this

0 Comment to "Cara Mohon Kerja Kerajaan Tanpa Melalui SPA"

Post a Comment

close
*** ***
Traffic Exchange