Traffic Exchange

5 Sebab Usahawan Internet Gagal

Nak mencapai sesuatu kejayaan bukanlah mudah sebenarnya. Banyak liku-liku dan halangan terpaksa kita tempuhi dulu sebelum berjaya. 

Nak berjaya dalam akademik lain halangannya. Nak berjaya dalam bisnes lain pula halangannya. Tetapi yang menyamakan kedua-dua ini adalah bagaimana seseorang itu sanggup hadapi halangan yang mereka tempuhi.


Artikel pada kali ini saya ingin mengisahkan tentang “5 Sebab Usahawan Internet Gagal”.


Kenapa gagal? Sebenarnya diri anda sendiri yang menentukan anda berjaya atau gagal. Kebanyakkan mereka yang berjaya dalam bidang bisnes, mereka bukan terus berjaya dalam masa yang amat singkat tetapi memakan masa juga berbulan-bulan lamannya. 

Tetapi satu rahsia ramai yang tidak tahu kenapa mereka boleh berjaya adalah kerana mereka buat sesuatu secara konsisten sehinggalah sampai satu peringkat hasilnya sangat memuaskan.

Mari kita lihat apakah “5 Sebab Usahawan Internet Gagal”


1. Lambat Bertindak
 
Lambat bertindak adalah salah satu faktor atau penyebab utama kenapa usahawan internet di Malaysia gagal. Saya sendiri akui. Kadang-kadang saya sendiri lambat bertindak sebab atas alasan tertentu.
Sebagai contoh diri saya sendiri. Pernah potensi buyer hantar email kepada saya untuk menanyakan sesuatu servis. Disebabkan atas faktor-faktor tertentu, saya tidak menyegerakan untuk membalas soalan tersebut. Lebih kurang 3 hari kemudian baru saya balas email tersebut. Akibatnya email saya sudah tidak terbalas.



2. Berpandangan Negatif
Pandangan negatif lahirnya daripada sikap yang tidak yakin dalam diri seseorang. Kebanyakkannya ia berlaku kepada seseorang yang ingin memulakan bisnes internet. Apabila mereka baca kisah tentang kejayaan seseorang, mungkin dalam hati mereka akan berkata “Tak pe la dia pandai main ayat jualan”, “Takpe la, dia tu pandai IT, boleh buat website sendiri” dan sebagainya. Ini adalah salah satu contoh bagaimana mereka berpandangan negatif.

3. Tak ada blog/website
Sudah banyak kali saya tulis apakah akibat apabila buat bisnes internet tanpa ada blog atau website. Website ni bukan untuk usahawan internet saja tetapi untuk semua jenis perniagaan yang dijalankan.
Apa yang saya lihat fenomena di Malaysia, mereka lebih mementingkan fanpage lagi berbading blog/atau website untuk bisnes mereka. Bila fanpage di unpublish, barulah mereka tahu nasi sudah menjadi bubur. Blog atau website amat penting untuk tujuan pembinaan jenama.

bill gates 

4. Sistem Pengurusan Bisnes Teruk

 Pengurusan bisnes amat penting kerana untuk merekod keluar masuk duit. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa duit keluar lebih banyak daripada duit yang masuk. Itulah sebab mengapa sistem pengurusan bisnes itu penting supaya kita dapat kawal lebih awal.


5. Tidak Pernah Melabur

Maksud melabur disini bukanya melabur dalam saham. Melabur maksud saya adakah anda pernah keluarkan duit untuk ilmu bisnes? Berapa kalikah anda pergi seminar, pergi bengkel dan beli ebook untuk tujuan pembelajaran,
Ramai yang takut nak pergi seminar, bengkel dan beli ebook kerana takut tertipu. 


Sebenarnya bukan mereka tipu anda tetapi anda sendiri yang tidak buat secara konsisten apa yang telah anda pelajari. Apa-apa pun anda sendiri yang tentukan.  

Nasihat saya, sebelum buat binses internet, pergilah belajar dulu sebelum anda mengalami kerugian yang lebih teruk.
Itu saja pada kali ini yang sempat saya berkogsikan untuk anda. 


Share jika anda rasa bermanfaat. 

=============================

Jika anda nak pelajari lebih lanjut selok-belok, strategi power dan  teknik2 berkesan menjalankan bisnes online, anda boleh dapatkannya DISINI

Share this

0 Comment to "5 Sebab Usahawan Internet Gagal"

Post a Comment

close
*** ***
Traffic Exchange