Traffic Exchange

10 Prinsip Asas Kejayaan Sesebuah Bisnes



10 Prinsip Asas Kejayaan Sesebuah Bisnes ini di ilhamkan daripada sesi temubual bersama Dr John Demartini, oleh Pavlina Papalouka

1. Kenalpasti apa yang diperlukan (keperluan) oleh pasaran
 Perkara utama dalam bisnes ialah kenal pasti
–> Keperluan apa yang ingin dipenuhi,
–> Servis apa yang dikehendaki, dan
–> Masalah apa yang dihadapi
 oleh pasaran anda. Jika bisnes anda tidak memenuhi keperluan, maka anda tiada bisnes.

2. Cari apa yang anda suka buat
Anda perlu cari apa yang memberi inspirasi kepada diri anda untuk lakukan sesuatu yang anda suka, dan pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan dan kehendak pasaran.

3. Kenalpasti tindakan yang anda perlu beri prioriti untuk capai matlamat tersebut
Untuk mencapai matlamat anda, anda perlu kelaskan kepentingan sesuatu tindakan. Utamakan perkara-perkara yang penting sahaja.

4. Delegasi tugasan yang kurang penting
Untuk tugasan yang kurang penting, anda boleh suruh orang lain atau upah orang lain untuk buat.

5. Bina struktur perniagaan yang memaksimumkan keuntungan
Tiada pembaziran dari segi sumber, masa, tenaga dan modal. Pastikan semuanya diguna dengan sepenuhnya.

6. Simpan sedikit daripada keuntungan dalam bentuk yang mudah digunakan
Anda mungkin akan menemui peluang baru untuk besarkan lagi perniagaan anda. Jadi anda perlu siap sedia dengan modal untuk berbuat demikian.
7. Laburkan sebahagian daripada wang anda
Pastikan wang bekerja untuk anda, dan bukannya anda bekerja untuk wang seumur hidup anda.

8. Terangkan mengenai produk dan servis anda mengikut nilai dan keperluan klien dan pelanggan anda

9. Kembangkan visi anda tentang perniagaan
Saiz bisnes anda akan terhad mengikut visi anda tentang bisnes anda.

10. Sentiasa lakukan inovasi dan kajian
Bagi kekal relevan dan sentiasa di hadapan.

****

Walaupun apa yang dibincangkan ini semua adalah perkara asas, walaubagaimanapun ia tidaklah semudah yang disangkakan.

Apa pun, kita kukuhkan yang asas, dan mudah-mudahan akan lebih mudah hadapi cabaran di masa akan datang.

Share this

0 Comment to "10 Prinsip Asas Kejayaan Sesebuah Bisnes"

Post a Comment

close
*** ***
Traffic Exchange