Traffic Exchange

Lima Tips Bina Blog Sebagai “Mesin Duit”

Ramai yang masih terkial-kial untuk membina blog sedangkan orang lain sudah menjadi jutawan dengan blog masing-masing. Antara yang selalu saya follow adalah Johnchow.com. 

Beliau sudah meraih jutaan USD dengan hanya blog sahaja. Nanti saya ceritakan dalam slot lain bagaimana beliau menjadi jutawan dengan blog.

Pada kali ini saya nak kongsikan kepada anda tips bina blog sebagai mesin duit.

Seperti yang kita tahu sebelum ni, ramai para blogger buat duit blog dengan adsense, pengiklanan, review, affiliate, jual produk dan sebagainya. Selain itu ada juga yang buat blog dan jual balik blog tersebut dengan harga yang tinggi.


Antara tips tersebut adalah,

# Tips 1: Tulis Blog Berinformasi

Salah satu kenapa blogger dapat hasilkan duit melalui blog adalah kerana kerana kandungan artikel tersebut yang penuh dengan informasi. Apa kaitan blog yang penuh informasi dengan jana duit melalui blog? Blog yang penuh dengan informasi, secara tidak langsung ramai yang akan selalu berkunjung ke blog tersebut.

Ini yang menyebabkan kebarangkalian untuk anda jana pendapatan melalui blog lebih tinggi.
Contoh blog yang berinformasi adalah blog tentang percutian/travel, kesihatan, kewangan dan sebagainya. 

Jika anda tulis blog niche kesihatan, anda boleh berkogsikan info-info yang menarik seperti bagaimana nak hilangkan jerawat. Disamping itu anda jual produk yang boleh menghilangkan jerawat.


Kesimpulannya, blog berinformasi akan menarik ramai trafik/pengunjung.

# Tips 2: Tulis Secara Berkongsi, Bukan Menjual

Sebagai contoh anda nak cuba buat duit melalui blog dengan affiliate. Anda boleh menulis satu review untuk produk yang anda nak promosikan tersebut. Di sini anda memerlukan sedikit kemahiran menulis secara berkongsi, bukannya menjual. Inilah dinamakan sebagai teknik softselling.


Dalam review anda, anda mestilah menulis secara berkongsi terlebih dahulu. Bukannya terus rekomenkan produk tersebut kepada pembaca blog anda.


Sebagai contoh anda nak promosikan produk hilangkan jerawat. Anda hendaklah menulis dahulu tips bagaimana nak hilangkan jerawat atau bagaimana nak jaga muka dari jerawat. 


Pada bahagian akhir barulah anda masukkan link affiliate atau webjualan anda sendiri. 
 Biarkan pembaca anda teruja dahulu tips yang anda sediakan sebelum mereka masuk ke website jualan.

#Tips 3: Interface Blog Ringkas

Sebenarnya bentuk design blog juga memainkan peranan yang penting. Ada dua sebab kepentingan rekabentuk blog yang ringkas.

Pertama, pembaca blog anda tidak berasa pening apabila masuk ke blog anda. Jika rekabentuk blog anda mempunyai banyak animasi yang bergerak-gerak atau terlalu banyak butang yang nak ditekan, pembaca anda akan mudah rasa pening.


Kedua, rekabentuk blog yang ringkas biasanya lebih laju ia untuk loading. Cuba tanya pada diri anda. Anda suka layari blog yang laju atau blog yang slow untuk loading. Selain internet pelawat lambat, rekabentuk blog juga mempegaruhi untuk lambat loading. 

Anda boleh pilih tema yang menarik, laju loading dan mesra SEO di ThemeForest untuk blog anda.

# Tips 4:  Bina Hubungan Dengan Pembaca Blog

Pada bab ni, ramai yang terlepas pandang sebenarnya. Membina hubungan dengan pembaca blog adalah amat penting sebenarnya. Baiklah. Sebelum ini saya ada tulis artikel “Bagaimana Cara Nak Bina Hubungan Dengan Pembaca Blog”. Boleh klik sini untuk baca.
Antara alat yang saya gunakan untuk membina hubungan dengan pembaca blog adalah dengan menggunakan software email marketing dari AWeber. Sebenarnya ada yang percuma seperti RSS subscriber yang disediakan oleh pihak google. Tapi bagi saya ia terhad untuk digunakan.
Untuk serius anda buat duit dengan blog, gunakan software AWeber untuk mengumpul pembaca blog setia anda.

# Tips 5: Selalu Update Blog

Salah satu perkara anda nak buat duit dengan blog adalah selalu update blog anda. Blog yang selalu update terutama tentang isu-isu semasa, anda akan mendapat lebih ramai lagi pembaca blog setia anda. Mereka akan sentiasa ternanti-nantikan artikel terbaru dari anda.


Untuk pengetahuan anda juga, google amat menyukai blog yang selalu aktif. Jika anda nak google meyukai blog anda, hendaklah kemaskini selalu artikel di blog anda. Jika anda tidak ada masa nak update selalu artikel, anda boleh bina satu jadual anda sendiri. Contohnya 2 kali seminggu. Tetapi anda mestilah konsisten.

# Tips 6 ( Tips Tambahan): Take Action!

Walaupun anda dah baca secara asasnya cara buat blog sebagai mesin duit di atas, anda tidak akan berjaya tanpa take action. Jika anda terlalu zero knowledge, anda boleh cari panduan buat duit blog di luar sana. Bukan diajar cara buat duit dengan blog sahaja, malah anda akan diajar cara bina blog dot com sendiri. Tema yang mesra SEO juga disediakan untuk anda.


Contoh panduan yang saya maksudkan adalah TEKNIKSEOMERAHJAMBU


Kenapa tajuk saya kali ni bina blog sebagai “mesin duit”? Untuk pengetahuan anda, apabila anda tulis sesuatu artikel pada hari ini, 10 tahun akan datang artikel anda tetap akan dibaca oleh orang lain. Ini bermakna anda hanya perlu tulis artikel sekali sahaja dan anda boleh menikmati hasil selama mungkin jika kena caranya.

Bukan seperti post status di facebook. Hari ni anda update, 10 hari lagi mungkin orang tak baca lagi dah.



Baiklah. Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Sekian terima kasih.

Share this

0 Comment to "Lima Tips Bina Blog Sebagai “Mesin Duit”"

Post a Comment

close
*** ***
Traffic Exchange