Kenapa Perlu Kerja Kerajaan? Sudah pasti
kerana banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya
disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon
jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam.
Antara
kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:
1.Elaun perumahan
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi
untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan
membantu.
2.Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang
semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah
anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?
3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas
buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat
negara.
4. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan
anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda
perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana
selain di sektor awam.
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu
buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25
hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga
kenaikan pangkat.
7. Cuti bersalin
Usah risau – risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil
cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus
jalan!
8. Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda,
iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat
pinjaman untuk membeli ‘banglo’ idaman anda.
9. Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua – duanya ada
kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..
10. Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?
11. Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan
juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda
jadi bos la ni..
12. Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk
makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung
pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan
juga kerajaan.
13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah
tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang
di’support’ oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut,
dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga
berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi
anda seadanya
Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya
kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda
berjaya mendapat kerja kerajaan ini.
Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan
anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu
anda. Lawati laman web tersebut sekarang.
Info Kerjaya Terkini;
0 Comment to "Kenapa Perlu Kerja Kerajaan?"
Post a Comment