Traffic Exchange

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17


Contoh soalan temuduga yang kami paparkan dalam artikel kali ini adalah antara beberapa soalan sebenar yang telah ditanya pada calon Pembantu Penguasa Kastam W17 pada sesi temuduga yang lepas.

Sila ambil perhatian, ini adalah perkongsian sebenar daripada calon yang telah lulus sesi temuduga dan menjawat jawatan Pembantu Penguasa Kastam W17.


PANDUAN TEMUDUGA PEMBANTU PENGUASA KASTAM W17


Untuk membiasakan diri dengan temuduga yang bakal anda hadapi, kami nasihatkan calon supaya mendapatkan panduan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17 yang dihasilkan khas untuk calon temuduga W17 lulus dengan cemerlang.


Kepada calon yang terlibat, pastikan anda mendapatkan panduan lengkap Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17 di bawah.

CONTOH SOALAN YANG BAKAL DITANYA

  1. Ceritakan tentang diri dan latar belakang anda.   
  2. Apakah kerjaya terkini anda dan mengapakah anda memilih kerjaya tersebut. 
  3. Siapakah Pengarah Kastam? 
  4. Sebutkan tugas-tugas Penolong Penguasa Kastam. 
  5. Jabatan Kastam bernaung di bawah kementerian mana? 
  6. Siapakah menteri yang bertanggungjawab. 
  7. Jenis cukai yang dipungut Kastam. 
  8. Visi, Misi dan Fungsi Kastam. 
  9. Etika Kastam. 
  10. Ceritakan secara ringkas prosedur import dan eksport barang. 
  11. Adakah anda sanggup ditugaskan di Sabah dan Sarawak? 
  12. Terangkan apa itu zon bebas cukai. 
  13. Huraikan tiga jenis cukai yang anda tahu. 
  14. Apa yang anda faham tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)? 
  15. Bila GST dilancarkan?Berapakan kadar GST? 
  16. Apakah itu SST. 
  17. Kenapa kami perlu terima anda jadi Pegawai Kastam? 
  18. Kemerdekaan Malaysia. 
  19. Isu-isu semasa.

Calon dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan skop tugasan di laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Calon tersebut juga telah berkongsi beberapa tips yang mesti dititikberatkan semasa temuduga tersebut berlangsung:
  [+] Jaga kelakuan
  [+] Cara percakapan
  [+] Sekiranya tidak pasti – Sokong panel 100%
  [+] Sekiranya tahu – Sokong panel dan tambah hujah anda
  [+] Sekiranya tidak setuju – Berikan hujah anda
  [+] Sekiranya tidak boleh menjawab – Beritahu anda tidak tahu dan mohon maaf
  [+] PENTING! Jangan menipu


PANDUAN TEMUDUGA PEMBANTU PENGUASA KASTAM W17


Apa yang terkandung di dalamnya?

  Bahagian1 : Strategi khusus hadir temuduga kerajaan. Bahagian2 : 49 nota ringkas untuk persediaan anda. Bahagian3 : 52 contoh soalan temuduga Kastam. 


Calon akan mendapat gambaran jelas bagaimana soalan yang bakal ditanya!

Share this

0 Comment to "Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17"

Post a Comment

close
*** ***
Traffic Exchange