Tidaklah Allah Ta'ala
syari'atkan sesuatu kecuali ada kebaikan besar di dalamnya. Tidak pula
Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam perintahkan kecuali kebaikan. Tidak
pula kambing disyari'atkan sebagai sembelihan qurban dan aqiqah kecuali
pasti ada kebaikan besar di dalamnya.
Andai kata kambing
termasuk makanan yang merosakkan kesihatan, membahayakan keselamatan
fizikal atau mengancam akal manusia nescaya tidak akan disyariatkan oleh
Allah subhanahu wa ta'ala kepada kita. Jika sesuatu disyari'atkan pasti
ada kebaikan besar di dalamnya. Demikian pula kambing.
Khusus berkenaan dengan kambing, mari kita ingat sabda Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam:
اتخذوا الغنم فإن فيها بركة
" Peliharalah oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah. " ( HR. Ahmad).
Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing
merupakan binatang yg penuh Baroqah yg ditinggalkan orang soleh
terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita
meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha
Allah).
Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah
tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”.
Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku
pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa
bahagian penduduk Mekah”.
Nabi Muhammad S.A W
bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil
manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana
itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain
ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang
mentah (belum dimasak)
*Diterjemah dan diambil dari pelbagai sumber
0 Comment to "Barakah Haiwan Yang Bernama Kambing"
Post a Comment