Traffic Exchange

Seramai 300,000 Penghidap Kencing Manis di Kelantan

7 September 2014
Dr Hilmi (tiga, kanan) mengibarkan Jalur Gemilang melepaskan peserta berjalan 10,000 langkah di Pantai Sri Tujoh.

TUMPAT - Seramai 2.6 Juta rakyat Malaysia mengidap penyakit diabetes atau kencing manis yang dikesan dalam kalangan orang dewasa seawal berusia 20 tahun.

Daripada jumlah itu, Kelantan mendahului negeri lain apabila tertinggi direkodkan penghidap kencing manis iaitu mencecah 300,000 orang.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, trend akhir-akhir ini menunjukkan kencing manis menyerang golongan muda  seawal usia  20 tahun hingga 30 tahun disebabkan oleh  faktor pemakanan dan gaya hidup kurang sihat.

“Masyarakat kena ubah cara hidup agar mengamalkan cara hidup sihat. Juga dinasihatkan jangan mengambil makanan yang terlalu manis dan perbanyakkan senaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Saringan Kesihatan Bersama Masyarakat Siam di Kampung Jubakar Darat di Wat Machimaran dekat sini, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher, Timbalan Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz dan Naib Ketua Umno Bahagian Wan Hanapi Wan Yaakob.

Sebelum itu, di Pantai Sri Tujoh Dr Hilmi bersama rakyat  Tumpat menjayakan Program Gegar 10,000 Langkah Merdeka peringkat negeri yang disertai lebih 2000 orang.

Berkenaan wabak denggi, Dr. Helmi berkata, kes demam denggi di Selangor dan Kelantan menunjukkan penurunan sepanjang tempoh dua minggu kebelakangan ini.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/300-000-penghidap-kencing-manis-di-kelantan-1.314522

Nak Tau Tak Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?


Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku, DUA keadaan perlu wujud:
1.) Agen Pengoksidaan
2.) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolesterol Jahat
Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk ke dalam dinding saluran darah. Pembentukan plak-plak menyebabkan pengerasan saluran darah dan penyempitan ruang saluran darah yang menimbulkan masalah tekanan darah tinggi. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan terjadi.

Pengelakan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi mungkin boleh mengurangkan pembentukan plak baru, tetapi ia tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.

JANGAN tunggu sampai saluran sudah sempit baru bertindak. Operasi pembedahan seperti Balloon dan By-Pass cuma merupakan rawatan kecemasan yang sementara. Plak-plak baru akan terbentuk dan anda tidak tahu bila serangan seterusnya akan berlaku. Bukan setiap kali pun begitu nasib baik...

Mengenalpasti Akar Umbi Masalah Dulu...

Sekarang kita sudah tahu bahawa masalah tekanan darah tinggi ini berpunca daripada DUA Faktor, iaitu:
1.) Pengoksidaan, dan
2.) Kolesterol LDL (Lemak Jahat)
Jadi, dengan fokus pada melawan kedua-dua faktor ini dalam badan, bukan sahaja anda boleh mengelakkan plak-plak baru daripada terbentuk, malah plak-plak lama yang telah terbentuk turut boleh "dilarutkan" dan akhirnya mengembalikan keadaan semulajadi saluran darah yang sihat.

http://www.tekanandarahtinggi.com/

BAGAIMANA KITA MEMAHAMI KECANDUAN GULA


Kecanduan gula adalah satu kondisi yang dialami oleh pesakit diabetes. Bermula dengan kecanduan gula inilah yang membawa kepada penyakit diabetes.  Ramai individu di luar sana yang bukan pengidap diabetes tidak menyedari yang mereka kecanduan gula.  Adakah anda mengalami kecanduan gula?
Perhatikan kalau anda mempunyai satu atau lebih simptom di bawah ini mungkin anda kecanduan gula:

  • makan bila rasa gugup atau nervous
  • selera berlebihan
  • terasa lapar walaupun baru lepas makan
  • jantung berdegup kencang bila terlepas waktu makan
  • rasa pitam bila lambat makan
  • mudah dapat selsema atau demam
  • sukar tidur waktu malam atau tidur tak lena
  • terasa letih bila bangun tidur
  • mudah rasa lelah
  • suka mengantuk diwaktu siang
  • resdung yang berpanjangan
Tidak semestinya seorang yang kecanduan gula hanya ketagih makanan manis sahaja seperti minuman manis, gula-gula, cokelat, biskut dan kek. Kadang-kadang seorang yang kecanduan gula juga suka makan di tengah malam.

Bagaimana kita boleh jadi kecanduan gula?

Maklong ada terbaca dalam internet yang kecanduan gula menpunyai kesamaan dengan ketagihan heroin. Seperti dadah, kecanduan gula tidak datang serta merta tapi ia berlaku secara perlahan. Ini kerana gula mempunyai kesan kimiawi terhadap otak dan tubuh kita. Bila kita makan makanan yang mengandungi gula, kesan kimiawi ini akan membuatkan kita terasa happy dan ini menjadikan tubuh kita menjadi bertambah teringin kepada gula. Kita mula menambahkan gula dalam hampir semua jenis makanan yang kita makan bukan sahaja minuman dan kuih muih tetapi juga termasuklah semua jenis gulai, sayuran, roti, sambal, acar, sos dan kicap. Gula ditambah ke dalam makanan sebagai penambah rasa. Gula menjadi ‘secret ingredient’ dalam hampir semua jenis produk makanan yang dipakejkan samada secara nyata atau tersembunyi. Macamana pulak gula ni tersembunyi? Apabila ia berselindung di sebalik nama-nama saintifik seperti sucrose, fructose, maltose, lactose, galactose dsbnya. Tak percaya? Cubalah baca senarai bahan yang terdapat pada label produk makan yang dijual di kedai.

Dalam budaya Melayu pulak, masyarakat kita mengamalkan budaya yang menggalakkan gula dalam kehidupan seharian. Pernah Maklong cabar keluarga Maklong untuk mengamalkan zero-sugar dalam rumah kerana dalam rumah kami ada ahli keluarga yang diabetes. Mereka jawab, “Nanti apa pulak orang kata kalau orang datang kita hidangkan air tanpa gula?”. Sepatutnya kita lebih bersikap peduli apa orang kata kerana kesihatan kita, kita yang perlu jaga sendiri bukan orang lain.

Dalam persekitaran seperti inilah maka sedikit demi sedikit kita menjadi bertambah ketagih dan tanpa disedari tubuh kita mula mengalami simptom di atas.

Komplikasi kecanduan gula sangat memudaratkan kepada kesihatan. Antara komplikasi kecanduan gula
  • Berat badan bertambah dan bersamanya semua komplikasi obesiti;
  • kelemahan sistem imuniti
  • kerosakan gigi
  • diabetes bersama komplikasinya seperti hyperglicemia dan hypoglycemia
http://maklongskitchen.wordpress.com/2009/11/23/memahami-kecanduan-gula/

KELEBIHAN P3 SWEETENER PENGEDAR PRODUK P3SWEETENER DIPERLUKAN PROFIT RM1800 SEBULAN.

Adakah anda tahu manis tidak semestinya bahaya....

p3sweetener adalah pemanis yang dicipta mengunakan teknologi nano adalah jawapannya!!

ciri ciri p3sweetener:

daripada ekstrak tebu hitam yg boleh menyerap lebih dari 600 kali ganda dan kajian dibuat selama 5 tahun.

kelebihan p3sweetener

600 kali ganda manis dari gula biasa
kalori dan kabohidrat hampir sifar
bebas daripada unsur lemak
tiada kesan sampingan
mudah dibawa kemana sahaja
amat baik untuk penghidap kencing manis, darah tinggi dan obesiti

mencegah lebih baik daripada merawat!!

tempah sekarang!!
Sila hubungi: 0183884832

Stokis dan Pengedar diperlukan.

Jika ada ayah atau ibu di kampung berseorangan, sila lawat dan telefon


Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa mereka ialah:

Memberi nafkah.

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

Menyediakan tempat tinggal.

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

Memberi kasih sayang.

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)

Memberi perhatian.

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

Memenuhi permintaan.

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”

Melakukan apa yang disukai.

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”

Bercakap dengan lemah lembut.

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Menghadiahkan kejayaan.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

Meluangkan masa bersama-sama.

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.


close
*** ***
Traffic Exchange